Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN


Ikhlas daripada,
Bahagian Kesihatan Pergigian
Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya

KAMI DI SINI SEDIA MEMBANTU!


Pastikan anda mendapat pemeriksaan pergigian, khidmat nasihat, serta rawatan pergigian daripada personel pergigian yang bertauliah.

Terdapat 19 buah klinik pergigian kerajaan 
di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
Jadi, tunggu apa lagi?
Dapatkan pemeriksaan berkala anda di sini 😊



#kamisediamembantu #wilayahsenyum #pergigianwpklp 
#wilayahpersekutuan #kualalumpur #putrajaya

                     
    SELAMAT TAHUN BARU!




"BRAND NEW YEAR,
BRIGHT NEW SMILE"
😃😃😃

Jadikan kesihatan mulut yang baik sebagai azam tahun baru anda 😄



Bagaimana untuk mendapatkan mulut yang sihat?


1. Berus gigi dua kali sehari menggunakan ubat gigi berflorida

2. Flos setiap hari

3. Amalkan diet yang sihat. Elakkan pengambilan makanan ringan

4. Dapatkan pemeriksaan berkala dengan doktor gigi yang bertauliah




APA ITU KANSER MULUT?




#beatittogether





MINGGU KESEDARAN KANSER MULUT 2017

Minggu Kesedaran Kanser Mulut merupakan program yang diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kanser mulut.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di klinik-klinik pergigian termasuk:

i)   Saringan kanser mulut
ii)  Pameran kanser mulut
iii) Tayangan video kanser mulut

Jadi tunggu apa lagi? Kunjungi mana-mana klinik pergigian berhampiran sempena Minggu Kesedaran Kanser Mulut ini.


"Early Detection, Saves Lives!"



#beatittogether
Previous PostOlder Posts Home