Kejohanan Boling Piala TPKN(G) akan diadakan pada 5 Mac 2016 bertempat di U-Bowl Bowling Centre, One Utama Shopping Centre. Kejohanan boling ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan anggota kesihatan pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya(JKWPKL&P) di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillatulrahim. Sebanyak 33 pasukan bakal berentap untuk merebut gelaran juara Piala TPKN(G) 2016. Edisi kali ini bakal menyaksikan aksi -aksi menarik para peserta serta menampilkan bakat-bakat baru dalam sukan boling di kalangan anggota pergigian JKWPKL&P. Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

                                               Tempat : U-Bowl Bowling Centre, One Utama Shopping Centre
                                               Tarikh  : 5 Mac 2016
                                               Masa    : 2.30 petang hingga Selesai

Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang. Disamping itu juga, cabutan bertuah akan turut diadakan. Marilah sama-sama kita menggegarkan arena boling U bowl dan memeriahkan kejohanan boling kali ini. 

Bahagian Kesihatan Pergigian, Jabatan kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh warga Malaysia yang berbangsa Cina atau yang meraikannya. Kepada seluruh warga Malaysia, selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung halaman. Pandu kenderaan anda dengan berhati-hati dan mematahui peraturan jalan raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru Cina.


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home