Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Seksyen 16 yang mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Sehubungan dengan itu, Pada 8 Jun 2015 Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P telah menganjurkan Kursus Kesedaran Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Amalan Pergigian bertempat di Bilik Seminar Klinik Kesihatan Cheras. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada anggota pergigian, JKWPKL. Selain itu, kursus dapat mengukuhkan amalan kawalan jangkitan silang di fasiliti pergigian agar dapat mengurangkan risiko jangkitan silang.
Kursus Pemandu Kenderaan anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P di Kalumpang Resort Training Centre pada 3 - 5 Jun 2015.
Seminar Lesi Kanser / Pra Kanser Mulut anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah diadakan di KlinikPergigian Cahaya Suria pada 4 Jun 2015. Kursus ini telah diselenggarakan dengan jayanya oleh Dr. Leslie S.Geoffrey.
Pada 2 Jun 2015, bertempat di Bilik Seminar Klinik Kesihatan Cheras, seramai 55 orang peserta dari seluruh Klinik Pergigian JWPKL&P telah menyertai kursus Ergonomic in Dentistry anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan anggota terhadap masalah ergonomik dalam bidang pergigian serta cara-cara untuk mengelakkannya sepanjang menjalankan tugasan di fasiliti pergigian. Selain itu, kursus ini memberi pengetahuan yang jelas mengenai pendedahan personel pergigian terhadap hazard ergonomik di tempat kerja.
Sempena cuti sekolah, pasukan pergigian JKWPKL&P menjayakan aktiviti kanak-kanak di perpustakaan negara dengan mengadakan persembahan pentas, latihan memberus gigi berirama dan pertunjukan boneka bertempat di Teater Kanak-Kanak, Anjung Bistari, Perpustakaan Negara Kuala Lumpur. Sambutan daripada penonton amat menggalakkan. Terima kasih!

















