Under maintenance
Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P mengucapkan Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun baru ini membawa satu azam baru untuk menjadi lebih berjaya, bekerja dengan penuh dedikasi dan pretasi yang lebih cemerlang. Selamat Tahun Baru semua:)

       Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya ingin mengucapkan sekalung tahinah kepada Dr. Leslie S.Geoffrey kerana telah mendapat tempat pertama dalam pembentangan Poster Kategori Profesional dalam  Program "WP Kuala Lumpur & Putrajaya Research Day 2015" yang diadakan pada 8 Oktober 2015 anjuran CRC Hospital Putrajaya. Dr. Leslie S.Geoffrey telah membentangkan poster beliau yang bertajuk "Oral Cancer Awareness Among Adult Outpatients Attending Government Dental Clinic in Federal Territory KL & Putrajaya"

Scientific poster dari BKP JKWPKL&P yang turut dipertandingkan pada Research Day 2015 adalah seperti berikut:

1. Customer Satisfaction Survey of the Implementation of eKL System in Oral Health Division Federal Territory KL & Putrajaya
2. Perception on Oral Health Status Among Elderly Attending Cheras KL Government Dental Clinic
3. Autotransplantion of Maxillary Canine: A Case Report
4. Patients Complaint on the First Visit to Unit Pakar Periodontik WPKL 

Tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua peserta yang telah mewakili Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P dalam Research Day 2015. 







  


Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama atau bangsa. Hidup bermasyarakat adalah tonggak kepada perpaduan sesama kita. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bersatu hati dan berdiri teguh dalam apa jua halangan dan rintangan bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ayuh rakyat Malaysia, bersama kita berganding bahu tidak kira apa jua ideologi atau agama, bersatu dalam satu barisan menghadapi segala cabaran dan dugaan seterusnya menjadi negara yang disegani dan dihormati di seantero dunia! Yakinlah Malaysia Boleh!!


Kerja-kerja naik taraf bumbung Klinik Pergigian Tanglin telah dimulakan pada hari ini 7 September 2015 dan dijangka siap pada 30 Oktober 2015 (sebarang perbahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa).

Perkhidmatan Pesakit Luar ditutup untuk sementara waktu kerana bimbang akan keselamatan pelanggan. Sebagai alternatif pesakit dinasihatkan ke Klinik Pergigian Bangsar, Klinik Pergigian Cahaya Suria atau Klinik Pergigian  UTC Pudu Sentral

Sebarang pertanyaan sila hubungi Klinik Pergigian Tanglin di talian: 03-26040025. Segala kesulitan amatlah dikesali.
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home