Perhimpunan Pagi Bulanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah di adakan pada 10 Januari 2014 di kelolakan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, JKWPKL & Putrajaya.
TEKS UCAPAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI
JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA
Selamat pagi, salam sejahtera salam 1Malaysia
Selamat menyambut tahun baru 2014 kepada
semua warga JKWPKL & P.
Dengan kedatangan tahun
baru ini saya pasti cabaran-cabaran kita disepanjang tahun 2013 masih segar dalam
ingatan. Justeru itu tidak sukar bagi kita untuk mengorak langkah dengan lebih
yakin, kearah mencatat prestasi ditahap
yang lebih baik untuk tahun baru ini.
Tahun 2013 meninggalkan kita dengan seribu peristiwa yang
bercampur-campur. Ada yang membanggakan, ada yang mencabar dan sebagainya. Pengalaman
JKWPKL & P dalam mengendali pembentukan UTC yang pertamanya di Puduraya pada
tahun 2012, sekali lagi jabatan ini diberi amanah oleh Kementerian Kewangan
untuk menguruskan pembukaan sebuah lagi mini UTC yang mana ianya hanya mempunyai komponen
perkhidmatan pergigian di Tingkat 2 Bangunan Pusat Komuniti Bandar Baru Sentul.
Perasmian Mini UTC tersebut telah dilakukan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik,
selaku Menteri Wilayah Persekutuan pada 16hb. Mac.2013.
Begitu juga kita berhadapan terutama di dalam perlaksanaan
program-program vector, pengawalan alam sekitar
didalam usaha untuk mengawal penyakit
denggi. Kita berhadapan dengan pelaksanaan program yang berkaitan dengan
gaya hidup yang mana ianya amat mencabar.
Tahun 2014 dilihat sebagai tahun yang lebih mencabar bagi kita semua
kerana gelombang kemerosotan ekonomi dan inflasi mulai terasa. Tahun ini perlu
dihadapi dengan kekuatan mentaliti kearah perbelanjaan dan penjimatan berhemah.
Kerjasama dan komitmen semua pihak adalah amat mustahak. Langkah ini dilihat
perlu jika kita ingin meneruskan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita didalam memberi perkhidmatan
kesihatan kepada penduduk disekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya khasnya. Keazaman
ini akan terbatas jika kita tidak seiring dan bersungguh-sungguh dalam usaha
untuk capai matlamat jabatan ini. Ingin saya memetik amanah dari YB Dato KSU
yang mana beliau menyatakan, dalam perutusan tahun baru ,2014, kita harus lebih bersedia untuk menghadapi
cabaran yang lebih getir seiring dengan perubahan dan perkembangan persekitaran
yang tidak menentu. Harapan beliau agar kita bersama-sama berusaha
memperkasakan lagi KKM dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan dedikasi
yang lebih tinggi sejajar dengan agenda dan aspirasi transformasi. Tumpuan
harus diberi kepada pembangunan keupayaan melalui perubahan sikap yang positif
dan pembangunan minda yang progresif melalui pendekatan menyeluruh berteraskan amalan-amalan
baik iaitu kerja berpasukan, integriti, kualiti kepimpinan, kebolehpercayaan,
nilai murni dan kerohanian dan pembangunan ilmu. Kita juga mesti mengamalkan
gaya hidup yang sihat dengan amalan pemakanan yang seimbang serta sentiasa
menjaga imej dan disiplin.
Bila menyentuh aspek menjaga imej dan disiplin, ingin saya menekankan di
sini bahawa kementerian memandang serius tentang disiplin warga KKM seperti
yang terkini ialah peringatan tentang pematuhan waktu bekerja. Ingin saya
mengingatkan semua agar memandang serius kepada amalan berada di warong-warong
atau kedai makan pada waktu bekerja. Ketua unit di ingatkan agar memain
peranan yang lebih berkesan dalam memantau amalan sedemikian agar budaya berada
di kedai kopi sewaktu bertugas tidak berterusan. Dalam usaha untuk memantapkan lagi
pengurusan kewangan dan aset kerajaan, satu lagi cabaran kita untuk tahun baru
ini adalah kearah sistem perakaunan akruan.
Hindarkan budaya dan mentaliti SILO (sendiri-sendiri) serta KOKUN(menyendiri) dalam urusan kerja harian. Iaitu budaya kerja yang hanya memandang kepentingan jabatan dan unit masing-masing sahaja. Saya menekankan tentang pentingnya budaya kerja antara jabatan dan unit sebagai satu pasukan. Ketua-ketua unit dan ketua ketua jabatan perlulah sentiasa berhubung dalam menjalankan sesuatu kerja sebagai satu pasukan. Ketepatan waktu tanpa membudayakan kerja bertangguh juga merupakan salah satu faktor yang boleh menjejaskan prestasi dan imej jabatan kita ini. Ianya berkait dengan sikap complacent yakni berada di zon yang selesa.
Seperkara lagi yang ingin saya ingatkan disini ialah, kita semua di ibaratkan sebagai sebuah keluarga yang besar. Sebarang kekurangan, kesilapan dan kejayaan senantiasa dikongsi bersama. Diatas kesedaran dan kefahaman ini, saya berharap sebarang masalah atau ketidakpuasan dikalangan warga jabatan boleh disalurkan kepada saya atau timbalan-timbalan saya terlebih dahulu. Jadikan satu amalan dimana kita cuba selesai sebarang masalah atau perselisihan dalaman secara tertib dan berhemah. Tindakan “membasuh kain kotor dikhalayak ramai’ bukan lah satu tindakan yang rasional/baik kerana sebagai penjawat awam kita dilatih untuk bertindak dengan mengikut saluran tertentu. Saya kira warga kerja jabatan ini adalah antara penjawat awam yang bijak dan berwibawa yang mampu mematuhi saranan tersebut. Sebarang kekurangan dan kelemahan tahun 2013 jadikan ia sebagai satu pengajaran dan kita harus pandang kehadapan dalam menempuh hidup yang lebih mencabar.
Mudah-mudahan tahun 2014 ini akan menjanjikan pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang berterusan buat kita semua. Saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada warga JKWPKL & P sekalian yang telah bersama-sama menyumbang kearah pencapaian jabatan disepanjang 2013.
Di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut Maulidul Rasul dan Selamat Tahun Baru Cina kepada warga kerja JKWPKL & P. Bagi yang ingin pulang ke kampong untuk bercuti, diingatkan agar sentiasa memikirkan keutamaan keselamatan diri dan keluarga. Sekian, terima kasih
Dr Balachandran A/L Satiamurthi
Pengarah Kesihatan Negeri
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.