Bengkel Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan


           Pada 9-10 Jun 2015, Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P telah mengajurkan Bengkel Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertempat di Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Cheras. Bengkel ini telah disertai oleh 22 peserta yang telah dilantik sebagai auditor JKKP. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman Juruaudit dalam pengauditan di fasiliti pergigian. Selain itu, kursus ini dapat melengkapkan juruaudit dengan pengetahuan mengenai pengumpulan data dan penghantaran laporan audit bagi keselamatan dan kesihatan pesakit.

         Audit keselamatan dan kesihatan adalah satu sistem pengurusan yang proaktif untuk membolehkan sesuatu organisasi menilai pelaksanaan tatacara amalan dan tahap keselamatan dan kesihatan di sebuah organisasi. Audit tersebut akan memastikan setiap fasiliti yang akan diaudit mematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP). Melalui sistem audit ini kekurangan atau kelemahan dalam aspek keselamatan dan kesihatan dapat dikenalpasti dan pembaikan boleh dibuat secara teratur. Sistem audit ini juga akan dapat memastikan tahap pelaksanaan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.





Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a comment

Note: only a member of this blog may post a comment.