Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakyat Malaysia. Jadikan hari yang mulia ini hari yang penuh dengan kemaafan diantara satu sama lain dan peluang untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara keluarga dan sahabat handai. Andai ada kesalahan dan terlanjur kata, ampun dan maaf kami pinta. Semoga hari kemenangan dan kegembiraan ini dapat kita sambut bersama ahli keluarga yang tersayang. Selamat Hari Raya!!

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Utamakan keselamatan anda, keluarga dan para pengguna jalan yang lain. Jom balik kampung!!


Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL & Putrajaya mengucapkan sekalung tahniah kepada YBhg Datuk Dr. Chen Chaw Min kerana telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia yang baru bagi menggantikan Datuk Farida Mohd Ali berkuatkuasa pada 4 Julai 2015.
 
    
    Majlis Berbuka Puasa Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL telah diadakan di Institute of Diplomacy and Foreign Reltions, Ministry of Foreign Affairs, Jalan Wisma Putra, KL pada 3 Julai 2015. Majlis ini telah dimeriahkan oleh hampir 80 orang yang terdiri daripada anggota pergigian JKWPKL dan ahli keluarga. Dengan adanya aktiviti seperti ini, secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan staf pergigian. Di samping itu, majlis ini juga diselingkan dengan Majlis Perpisahan Matron Jeeva & Matron Sukdev yang akan berpindah keluar ke Bahagian Kesihatan Pergigigan JKN Selangor dan JKN Johor. Kesempatan ini, pihak JKWPKL & Putrajaya mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di JKWPKL dan selamat maju jaya di tempat baru. Terima kasih Matron Jeeva & Matron Sukdev!







Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home