Majlis Berbuka Puasa & Majlis Perpisahan Matron Jeeva & Matron Sukdev

 
    
    Majlis Berbuka Puasa Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL telah diadakan di Institute of Diplomacy and Foreign Reltions, Ministry of Foreign Affairs, Jalan Wisma Putra, KL pada 3 Julai 2015. Majlis ini telah dimeriahkan oleh hampir 80 orang yang terdiri daripada anggota pergigian JKWPKL dan ahli keluarga. Dengan adanya aktiviti seperti ini, secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dikalangan staf pergigian. Di samping itu, majlis ini juga diselingkan dengan Majlis Perpisahan Matron Jeeva & Matron Sukdev yang akan berpindah keluar ke Bahagian Kesihatan Pergigigan JKN Selangor dan JKN Johor. Kesempatan ini, pihak JKWPKL & Putrajaya mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di JKWPKL dan selamat maju jaya di tempat baru. Terima kasih Matron Jeeva & Matron Sukdev!







Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.