Pengenalan

 
Seni persembahan objek yang tidak bernyawa dalam bentuk watak hidup dipanggil sebagai seni permainan boneka.

Boneka ada dalam banyak bentuk bergantung dengan tujuan ia dipersembahkan. Boneka yang biasa adalah seperti boneka glove/tangan, boneka benang, boneka rod, dan boneka bayangan.

Boneka telah digunakan dalam berbagai tujuan sejak berabad berabad. Salah satu kegunaan pertunjukan boneka ialah sebagai bahan bantu mengajar. Teknik ini didapati sangat berkesan dalam pengajaran untuk peringkat kanak-kanak. Dari itu boneka telah digunakan untuk pendidikan kesihatan pergigian.

Rasional 


Boneka adalah sangat berguna dalam promosi kesihatan kerna ia dapat member impak yang berkesan. Dengan itu program ini di adalah berdasarkan kepada perkara berikut:

1.                  Boneka dapat menghubungkan antara pengajar dan pelajar dimana boneka dapat menghubungkan kandungan yang ingin di sampaikan oleh pengajar kepada kumpulan sasar iaitu pelajar. Produksi boneka yang menyatukan antara muzik dan jenaka adalah satu usaha merentas sempadan budaya, bahasa dan kepercayaan orang.

2.                  Boneka ialah metafora visual, yang mengambarkan kehidupan sebenar – dalam masa yang sama ia menghindarkan dari kehidupan sebenar. Boneka boleh menjadi seperti hidup dan berinteraksi dan bila di satukan antara jenaka dan muzik akan generate hiburan dan pendidikan

3.                  Boneka adalah cerminan manusia yang sebenar, dengan itu mereka boleh melihat diri mereka secara objektif dan membolehkan mereka mentertawakan diri mereka dengan cara yang tidak menyentuh perasaan sesiapa.

Kesimpulan


Dengan ciri-ciri di atas persembahan boneka adalah wajar dijadikan sebagai satu bahan bantuan mengajar pendidikan kesihatan pergigian untuk golongan sasar tertentu.



Isunya


Sejauh manakah boneka telah diangkat sebagai satu bahan bantuan pendidikan kesihatan pergigian? 



Pengenalan

Perkhidmatan Pergigian Kerajaan Kuala Lumpur telah wujud sejak tahun 1929 lagi. Selepas kemerdekaan, perkhidmatan tersebut ditadbir pula oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Pada tahun 1974 pula Wilayah Persekutuan ditubuhkan dan Perkhidmatan Pergigian ini dipindah dibawah pentadbiran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai Jabatan Perkhidmatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam tahun 1978.

Pada 1 Januari 2001, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula ditubuhkan dan Jabatan Perkhidmatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sekali lagi berpindah pentadbirannya. Panggilan baru bagi perkhidmatan ini ialah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) yang beribu pejabat di Tingkat 2 Bangunan Cahaya Suria. Tanggal 16 Mac 2006, pejabat pentadbiran berpindah ke Tingkat 1 Blok C, Kompleks Kesihatan Wilayah Persekutuan Jalan Cenderasari.

Pejabat Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan pusat tanggungjawab perkhidmatan pergigian seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang terdiri dari lima bahagian zon iaitu:
  1. Zon Lembah Pantai
  2. Zon Titiwangsa
  3. Zon Kepong
  4. Zon Putrajaya
  5. Zon Cheras 

 

Visi

Memastikan penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang terbaik di negara ini.

 

Misi

Untuk memberi perkhidmatan pergigian yang optima kepada individu, keluarga dan masyarakat melalui penggalakkan kesihatan yang positif dan perkhidmatan yang berkualiti dan berteknologi sesuai.
Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya



Craig Lefebvre, a social marketing expert in the United States explains the potential benefits to using social media: “Communication, engagement, transparency, and trust are the four pillars for working in the new media world. If you and your organization can’t bring those to the table, it will not be long before the rest of us figure it out, confront you, and challenge you. If however, you view new media tools (blogs, podcasts, wikis, social network sites, text and multimedia messaging) as complementary to traditional communication activities and recognize the social characteristics of effective communication, then you have a better-than-average chance of succeeding and making new friends and allies in your quest to achieve public health and social change.”

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home