KEJOHANAN BOLING PIALA TPKN(G) 2016


Kejohanan Boling Piala TPKN(G) akan diadakan pada 5 Mac 2016 bertempat di U-Bowl Bowling Centre, One Utama Shopping Centre. Kejohanan boling ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan anggota kesihatan pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya(JKWPKL&P) di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillatulrahim. Sebanyak 33 pasukan bakal berentap untuk merebut gelaran juara Piala TPKN(G) 2016. Edisi kali ini bakal menyaksikan aksi -aksi menarik para peserta serta menampilkan bakat-bakat baru dalam sukan boling di kalangan anggota pergigian JKWPKL&P. Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

                                               Tempat : U-Bowl Bowling Centre, One Utama Shopping Centre
                                               Tarikh  : 5 Mac 2016
                                               Masa    : 2.30 petang hingga Selesai

Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang. Disamping itu juga, cabutan bertuah akan turut diadakan. Marilah sama-sama kita menggegarkan arena boling U bowl dan memeriahkan kejohanan boling kali ini. 
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.