FAMILY DAY KELAB KEBAJIKAN KESIHATAN PERGIGIAN JKWPKL&P


              Sukacita dimaklumkan, Kelab Kebajikan Kesihatan Pergigian BKP JKWPKL&P akan mengadakan Hari Keluarga pada 16 April 2016 bertempat di FRIM Kepong. Hari keluarga ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan interaksi serta mengeratkan hubungan antara anggota pergigian pelbagai jawatan bersama anggota keluarga masing-masing.

             Aktiviti ini penting kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, senamrobik dan cabutan bertuah akan diadakan.

             Semua anggota pergigian JKWPKL & Putrajaya dijemput dan digalakan untuk menyertai serta memeriahkan lagi Hari Keluarga ini.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.