Kelab Kebajikan Pergigian BKP JKWPKL&P akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa & Majlis Perpisahan Matron Jeeva & Matron Sukdev seperti butiran berikut;

Tarikh: 3 Julai 2015
Masa: 7.00 - 10.00 pm
Tempat: Institute of Diplomacy and Foreign Reltions, Ministry of Foreign Affairs, Jalan Wisma Putra, KL

Hubungi Matron Normala atau En Hisham di Pejabat TPKN(G) untuk tempahan tempat dan bayaran (rujuk flyers yang disertakan). Tempahan tempat (dewasa dan kanak-kanak) dibuka sehingga 30 Jun 2015 manakala bayaran selewat-lewatnya pada 1 Julai 2015.

Jumpa anda disana!!

Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P mengucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa. Semoga bulan yang penuh rahmat dan barakah ini dipenuhi dengan amalan-amalan yang diredhai oleh Allah SWT.

         The My 5 Moments for Hand Hygiene approach defines the key moments when health-care workers should perform hand hygiene. This approach recommends health-care workers to clean their hands:
  1. before touching a patient
  2. before clean/aseptic procedures,
  3. after body fluid exposure/risk,
  4. after touching a patient, and
  5. after touching patient surroundings.

Pastikan sisa amalgam di Klinik Pergigian anda dibuang dalam bekas simpanan sisa amalgam yang betul dan dikendalikan sebagai sisa berjadual.


           Pada 9-10 Jun 2015, Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P telah mengajurkan Bengkel Audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bertempat di Bilik Seminar, Klinik Kesihatan Cheras. Bengkel ini telah disertai oleh 22 peserta yang telah dilantik sebagai auditor JKKP. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman Juruaudit dalam pengauditan di fasiliti pergigian. Selain itu, kursus ini dapat melengkapkan juruaudit dengan pengetahuan mengenai pengumpulan data dan penghantaran laporan audit bagi keselamatan dan kesihatan pesakit.

         Audit keselamatan dan kesihatan adalah satu sistem pengurusan yang proaktif untuk membolehkan sesuatu organisasi menilai pelaksanaan tatacara amalan dan tahap keselamatan dan kesihatan di sebuah organisasi. Audit tersebut akan memastikan setiap fasiliti yang akan diaudit mematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP). Melalui sistem audit ini kekurangan atau kelemahan dalam aspek keselamatan dan kesihatan dapat dikenalpasti dan pembaikan boleh dibuat secara teratur. Sistem audit ini juga akan dapat memastikan tahap pelaksanaan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras dengan peraturan-peraturan yang terkandung di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.





 

      Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), Seksyen 16 yang mana menekankan beberapa perkara penting berkaitan dengan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Sehubungan dengan itu, Pada 8 Jun 2015 Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P telah menganjurkan Kursus Kesedaran Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Dalam Amalan Pergigian bertempat di Bilik Seminar Klinik Kesihatan Cheras. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada anggota pergigian, JKWPKL. Selain itu, kursus dapat mengukuhkan amalan kawalan jangkitan silang di fasiliti pergigian agar dapat mengurangkan  risiko jangkitan silang.



Kursus Pemandu Kenderaan anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P di Kalumpang Resort Training Centre pada 3 - 5 Jun 2015.


Seminar Lesi Kanser / Pra Kanser Mulut anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya telah diadakan di KlinikPergigian Cahaya Suria pada 4 Jun 2015. Kursus ini  telah diselenggarakan dengan jayanya oleh Dr. Leslie S.Geoffrey.


Pada 2 Jun 2015, bertempat di Bilik Seminar Klinik Kesihatan Cheras, seramai 55 orang peserta dari seluruh Klinik Pergigian JWPKL&P telah menyertai kursus Ergonomic in Dentistry anjuran Bahagian Kesihatan Pergigian JKWPKL&P. Kursus ini bertujuan untuk mendedahkan anggota terhadap masalah ergonomik dalam bidang pergigian serta cara-cara untuk mengelakkannya sepanjang menjalankan tugasan di fasiliti pergigian. Selain itu, kursus ini memberi pengetahuan yang jelas mengenai pendedahan personel pergigian terhadap hazard ergonomik di tempat kerja.



Sempena cuti sekolah, pasukan pergigian JKWPKL&P menjayakan aktiviti kanak-kanak di perpustakaan negara dengan mengadakan persembahan pentas, latihan memberus gigi berirama dan pertunjukan boneka bertempat di Teater Kanak-Kanak, Anjung Bistari, Perpustakaan Negara Kuala Lumpur. Sambutan daripada penonton amat menggalakkan. Terima kasih!



Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home