Bengkel Pemantapan Pembantu Pembedahan Pergigian telah diadakan pada 22 Mei 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat, Klinik Pergigian Cahaya Suria, melibatkan 35 orang peserta dari klinik-klinik pergigian dibawah Bahagian Kesihatan Pergigian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

RASIONAL

Pembantu Pembedahan Pergigian sebagai personel sokongan perkhidmatan kesihatan pergigian perlu didedahkan dengan pengetahuan, kemahiran, bertanggungjawab dan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas harian mereka.

OBJEKTIF 

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam tugas harian;
  • Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul;
  • Memastikan peserta dapat menjalankan tugas harian dengan lebih dedikasi dan bekerjasama


ATURCARA BENGKEL PEMANTAPAN PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN TAHUN 2013


Aturcara bengkel ppp from pergigianwpkl



Ceramah I - Tugas dan Tanggungjawab oleh KPJP Yeap Chin Lian





Sesi Ujian Pengenalan Peralatan Pergigian



Ceramah Soft Skill's oleh PJP Sukdev Kaur



Penyampaian hadiah kepada Pemenang Ujian Pengenalan Peralatan Pergigian dengan jawapan 100%



 Penyampaian hadiah kepada Pemenang Ujian Kawalan Jangkitan Silang dengan jawapan 100%



Penyampaian Sijil Kepada Peserta Bengkel



Pada 21 - 23 Mei 2013, Fasa 1 Bengkel Pembinaan Media Sosial Wadah Promosi Kesihatan Pergigian : Facebook, Blog & Youtube telah diadakan di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Bengkel anjuran Cawangan Penggalakan Kesihatan Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia melibatkan peserta dari setiap negeri.

OBJEKTIF AM

Memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada Pegawai Bertanggungjawab Pengendali Media Sosial Negeri dalam pembinaan, pengendalian dan pengawalseliaan media sosial sebagai wadah promosi Kesihatan Pergigian

OBJEKTIF KHUSUS

  • Memperkenalkan penggunaan Facebook, Blog dan Youtube untuk kegunaan promosi kesihatan pergigian kepada setiap Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri;
  • Perlantikan Pegawai Bertanggungjawab Pengendali Media Sosial untuk setiap negeri;
  • Memberikan pengetahuan dan kemahiran pembinaan, pengendalian dan pengawalan kepada Pegawai bertanggungjawab Pengendali Media Sosial, Facebook, Blog dan Youtube untuk kegunaan promosi kesihatan pergigian;
  • Memberikan pengetahuan dan penjelasan tentang tanggungjawab Pegawai Bertanggungjawab Pengendali Media Sosial mengikut Pekeliling-Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam, Surat-Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU dan undang-undang media sosial.






 Ceramah  : Pembinaan Facebook & Blog oleh Dr Nurul Syakirin





Handouts MEDIA SOSIAL DALAM PROMOSI KESIHATAN PERGIGIAN

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home