Wednesday, September 16, 2015

Selamat Hari Malaysia


Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia tidak kira kaum, agama atau bangsa. Hidup bermasyarakat adalah tonggak kepada perpaduan sesama kita. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bersatu hati dan berdiri teguh dalam apa jua halangan dan rintangan bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Ayuh rakyat Malaysia, bersama kita berganding bahu tidak kira apa jua ideologi atau agama, bersatu dalam satu barisan menghadapi segala cabaran dan dugaan seterusnya menjadi negara yang disegani dan dihormati di seantero dunia! Yakinlah Malaysia Boleh!! [.....]

Monday, September 07, 2015

MAKLUMAN: Kerja-Kerja Naik Taraf Bumbung Klinik Pergigian Tanglin



Kerja-kerja naik taraf bumbung Klinik Pergigian Tanglin telah dimulakan pada hari ini 7 September 2015 dan dijangka siap pada 30 Oktober 2015 (sebarang perbahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa).
Perkhidmatan Pesakit Luar ditutup untuk sementara waktu kerana bimbang akan keselamatan pelanggan. Sebagai alternatif pesakit dinasihatkan ke Klinik Pergigian Bangsar, Klinik Pergigian Cahaya Suria atau Klinik Pergigian  UTC Pudu Sentral
Sebarang pertanyaan sila hubungi Klinik Pergigian Tanglin di talian: 03-26040025. Segala kesulitan amatlah dikesali. [.....]

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home