Sukacita dimaklumkan, Kelab Kebajikan Kesihatan Pergigian BKP JKWPKL&P akan mengadakan Hari Keluarga pada 16 April 2016(Sabtu, 8 pagi) bertempat di Sg Kroh FRIM Kepong. Hari keluarga ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan interaksi serta mengeratkan hubungan antara anggota pergigian pelbagai jawatan bersama anggota keluarga masing-masing.

             Aktiviti ini penting kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, senamrobik dan cabutan bertuah akan diadakan.

             Semua anggota pergigian JKWPKL & Putrajaya dijemput dan amat digalakan untuk menyertai serta memeriahkan lagi Hari Keluarga ini.







Perhimpunan pagi JKWPKL & Putrajaya pada bulan Mac 2016 akan dianjurkan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian WPKL&P. Tarikh perhimpunan telah ditetapkan pada 18 Mac 2016. Sehubungan dengan itu, Bahagian Kesihatan Pergigian akan memberikan perkhidmatan pemeriksaan pergigian di KP Bergerak pada 17 & 18 Mac 2016. Pameran pergigian turut diadakan untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya kesihatan gigi dan mulut dalam kehidupan seharian. Marilah bersama-sama kita mendapatkan pemeriksaan pergigian untuk mengetahui status kesihatan gigi dan mulut kita! Jom periksa gigi!


              Sukacita dimaklumkan, Kelab Kebajikan Kesihatan Pergigian BKP JKWPKL&P akan mengadakan Hari Keluarga pada 16 April 2016 bertempat di FRIM Kepong. Hari keluarga ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan interaksi serta mengeratkan hubungan antara anggota pergigian pelbagai jawatan bersama anggota keluarga masing-masing.

             Aktiviti ini penting kerana institusi keluarga adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, senamrobik dan cabutan bertuah akan diadakan.

             Semua anggota pergigian JKWPKL & Putrajaya dijemput dan digalakan untuk menyertai serta memeriahkan lagi Hari Keluarga ini.

Kejohanan Boling Piala TPKN(G) akan diadakan pada 5 Mac 2016 bertempat di U-Bowl Bowling Centre, One Utama Shopping Centre. Kejohanan boling ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan anggota kesihatan pergigian Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya(JKWPKL&P) di dalam acara sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillatulrahim. Sebanyak 33 pasukan bakal berentap untuk merebut gelaran juara Piala TPKN(G) 2016. Edisi kali ini bakal menyaksikan aksi -aksi menarik para peserta serta menampilkan bakat-bakat baru dalam sukan boling di kalangan anggota pergigian JKWPKL&P. Butiran kejohanan adalah seperti berikut:

                                               Tempat : U-Bowl Bowling Centre, One Utama Shopping Centre
                                               Tarikh  : 5 Mac 2016
                                               Masa    : 2.30 petang hingga Selesai

Pelbagai hadiah menarik menanti para pemenang. Disamping itu juga, cabutan bertuah akan turut diadakan. Marilah sama-sama kita menggegarkan arena boling U bowl dan memeriahkan kejohanan boling kali ini. 
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home