BONEKA MEDIUM PENDIDIKAN KESIHATAN PERGIGIAN


Pengenalan

 
Seni persembahan objek yang tidak bernyawa dalam bentuk watak hidup dipanggil sebagai seni permainan boneka.

Boneka ada dalam banyak bentuk bergantung dengan tujuan ia dipersembahkan. Boneka yang biasa adalah seperti boneka glove/tangan, boneka benang, boneka rod, dan boneka bayangan.

Boneka telah digunakan dalam berbagai tujuan sejak berabad berabad. Salah satu kegunaan pertunjukan boneka ialah sebagai bahan bantu mengajar. Teknik ini didapati sangat berkesan dalam pengajaran untuk peringkat kanak-kanak. Dari itu boneka telah digunakan untuk pendidikan kesihatan pergigian.

Rasional 


Boneka adalah sangat berguna dalam promosi kesihatan kerna ia dapat member impak yang berkesan. Dengan itu program ini di adalah berdasarkan kepada perkara berikut:

1.                  Boneka dapat menghubungkan antara pengajar dan pelajar dimana boneka dapat menghubungkan kandungan yang ingin di sampaikan oleh pengajar kepada kumpulan sasar iaitu pelajar. Produksi boneka yang menyatukan antara muzik dan jenaka adalah satu usaha merentas sempadan budaya, bahasa dan kepercayaan orang.

2.                  Boneka ialah metafora visual, yang mengambarkan kehidupan sebenar – dalam masa yang sama ia menghindarkan dari kehidupan sebenar. Boneka boleh menjadi seperti hidup dan berinteraksi dan bila di satukan antara jenaka dan muzik akan generate hiburan dan pendidikan

3.                  Boneka adalah cerminan manusia yang sebenar, dengan itu mereka boleh melihat diri mereka secara objektif dan membolehkan mereka mentertawakan diri mereka dengan cara yang tidak menyentuh perasaan sesiapa.

Kesimpulan


Dengan ciri-ciri di atas persembahan boneka adalah wajar dijadikan sebagai satu bahan bantuan mengajar pendidikan kesihatan pergigian untuk golongan sasar tertentu.



Isunya


Sejauh manakah boneka telah diangkat sebagai satu bahan bantuan pendidikan kesihatan pergigian? 

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.