Seminar Retrospektif dan Prospektif Promosi Kesihatan Pergigian: Melihat Kearah Media Sosial dan Pelancaran Madia Sosial serta Vehicle Wrap Advertising



Media sosial baru seperti Facebook, Twitter dan blog adalah antara teknologi canggih yang hebat dalam menyebarkan berita serta maklumat. Dengan adanya rangkaian media sosial ini, maklumat akan tersebar kepada masyarakat dengan lebih cepat. 

Media baru atau media sosial juga membuka ruang untuk berinteraksi dengan masyarakat dan penyebaran maklumat mengenai kesihatan pergigian yang tepat dan jelas berbanding cara konvensional kerana ianya sangat popular terutama di kalangan masyarakat berusia antara 18 dan 40 tahun ini yang meliputi 40 peratus penduduk negara.

Memandangkan limpahan maklumat di internet mudah diakses, media sosial seperti Facebook dan Twitter sepatutnya digunakan untuk berhubung dan berbincang tentang maklumat ke arah kebaikan. Bahagian Kesihatan Pergigian akan menggunakan media sosial ini menyampaikan maklumat mengenai kesihatan pergigian dan aktiviti-aktiviti yang dijalan oleh pihak Jabatan. Dengan cara ini, dapat membantu meningkatkan kesedaran umum.

Objektif:
1.         Meningkatkan pengetahuan berkaitan strategi organisasi promosi kesihatan pergigian melalui strategi laut biru (rujuk aturcara).

2.         Meningkatkan kemampuan organisasi  menyediakan medium berinovasi melalui saluran media social (rujuk aturcara).

3.         Melihat sejauh mana keberkesanan media sosial digunapakai sebagai médium dalam promosi kesihatan pergigian.

4.         Mengkaji semula (retrospektif) dan melihat apakah yang boleh dilakukan (prospektif) terhadap media konvensional supaya tetap berkesan dalam promosi kesihatan pergigian.
5.         Memberi contoh bagaimana media sosial baru (facebook dan blog) diguna sebagai médium promosi kesihatan pergigian.

6.         Memberi contoh bagaimana media konvensional (vehicle wrap advertising) boleh ditingkatkan  keberkesanannya dalam promosi kesihatan pergigian.

Hasil yang ingin dicapai:
Diharap dengan seminar dan pelancaran media sosial serta vehicle wrap advertising  ia memberi satu idea untuk negeri-negeri lain memikirkan penggunaan media sosial dan vehicle wrap advertising  dalam promosi kesihatan pergigian

Jumlah Peserta: 
64    orang yang terdiri dari daripada
·            Timbalan Pengarah Kesihatan (Pergigian) Negeri-negeri
·            Pegawai Penyelaras Pejabat Kesihatan Pergigian  WPKL
·            Pegawai Pergigian Unit Promosi Negeri-negeri
·            Pegawai Pergigian Yang Menjaga WPKL

Segmen pelancaran dan penutupan:
10.15 – 12.00 tgh

Tarikh :
4 November 2012

Tempat :
Avillion Admiral Cove Cove
51/2 mile, Jalan Pantai,
7105, Sri Rusa
Port Dickson NS


Sila klik disini untuk mengetahu program penuh:
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.