Bengkel Pemantapan Pembantu Pembedahan Pergigian telah diadakan pada 22 Mei 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat, Klinik Pergigian Cahaya Suria, melibatkan 35 orang peserta dari klinik-klinik pergigian dibawah Bahagian Kesihatan Pergigian, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
RASIONAL
Pembantu Pembedahan Pergigian sebagai personel sokongan perkhidmatan kesihatan pergigian perlu didedahkan dengan pengetahuan, kemahiran, bertanggungjawab dan semangat berpasukan dalam melaksanakan tugas harian mereka.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam tugas harian; Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul; Memastikan peserta dapat menjalankan tugas harian dengan lebih dedikasi [.....]
Wednesday, May 22, 2013
Fasa 1 Bengkel Pembinaan Media Sosial Wadah Promosi Kesihatan Pergigian : Facebook, Blog & Youtube
Pada 21 - 23 Mei 2013, Fasa 1 Bengkel Pembinaan Media Sosial Wadah Promosi Kesihatan Pergigian : Facebook, Blog & Youtube telah diadakan di Hotel Regency, Kuala Lumpur. Bengkel anjuran Cawangan Penggalakan Kesihatan Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia melibatkan peserta dari setiap negeri.
OBJEKTIF AM
Memberikan pengetahuan dan kemahiran kepada Pegawai Bertanggungjawab Pengendali Media Sosial Negeri dalam pembinaan, pengendalian dan pengawalseliaan media sosial sebagai wadah promosi Kesihatan Pergigian
OBJEKTIF KHUSUS
Memperkenalkan penggunaan Facebook, Blog dan Youtube untuk kegunaan promosi kesihatan pergigian kepada setiap [.....]