AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI FISILITI PERGIGIAN JKWPKL & PUTRAJAYA


     Audit keselamatan dan kesihatan adalah satu sistem pengurusan yang proaktif untuk membolehkan sesuatu organisasi menilai pelaksanaan tatacara amalan dan tahap keselamatan dan kesihatan di sebuah organisasi. Ini adalah kerana pengurusan keselamatan dan kesihatan yang baik boleh memberikan faedah kepada semua yang anggota yang terlibat mahupun kepada para pesakit yang mendapatkan khidmat di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM). 
     Audit amalan klinikal terhadap fasiliti pergigian bertujuan mengenal pasti risiko serta meningkatkan dan memperbaiki amalan klinikal pergigian. Audit tersebut akan memastikan setiap fasiliti yang akan diaudit mematuhi garis panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP). Sehubungan dengan itu, audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan akan dilaksanakan di semua klinik pergigian JKWPKL & Putrajaya pada 3-7 Ogos 2014. 
         Diharap audit ini dapat mempertingkatkan tahap pengurusan keselamatan dan kesihatan di seluruh klinik pergigian di bawah JKWPKL & Putrajaya.


Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.