PELANCARAN
KOLABORASI KESIHATAN PERGIGIAN DAN AGAMA (KOA)
WP KUALA
LUMPUR & PUTRAJAYA 2017
PENGENALAN
Pelancaran kolaborasi kesihatan pergigian dan agama (KOA)
telah dilaksanakan pada 17 Mac 2017 oleh Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato'
Seri Dr Hilmi bin Hj Yahaya. Ramai rakyat Malaysia mengalami penyakit pergigian
dan kebanyakan penyakit pergigian ini adalah penyakit yang disebabkan oleh gaya
hidup yang boleh dicegah apabila masyarakat diberikan pengetahuan untuk
mengamalkan gaya hidup sihat. Lantaran itu, salah satu strategi bagi
mengurangkan beban penyakit pergigian di kalangan rakyat Malaysia adalah dengan
mendidik mereka tentang amalan kesihatan pergigian dari aspek keagamaan melalui
institusi agama seluruh negara.
KUMPULAN SASARAN
Golongan masyarakat yang mengunjungi masjid,
warga masjid, JAKIM dan JAWI
RASIONAL
Penemuan dari beberapa
kajian menunjukkan;
- Berdasarkan penemuan National
Oral Health Survey for Adults (NOHSA) 2010, didapati masalah penyakit
periodontik (gusi berdarah) di kalangan orang dewasa meningkat
sehingga 94%.
- Dua (2) daripada tiga (3) orang dewasa yang memberi alasan utama
tidak perlu berjumpa doktor gigi didapati:
– 89% mempunyai karies (gigi berlubang)
– 97% mempunyai penyakit periodontal (gusi
bengkak, mudah berdarah seterusnya mengakibatkan gigi goyang)
Ini menunjukkan bahawa
teknik promosi ini perlu diperluaskan lagi bagi meningkatkan kesedaran
masyarakat terhadap kepentingan kesihatan pergigian. Salah satu caranya adalah
melibatkan badan-badan keagamaan dalam penyampaian maklumat kesihatan pergigian
dengan lebih berkesan.
Bagi tahun 2017 ini,
Bahagian Kesihatan Pergigian WP Kuala Lumpur & Putrajaya akan memulakan
program dengan badan keagamaan masjid dan akan diikuti dengan badan-badan
keagamaan lain pada tahun hadapan.
OBJEKTIF:
- Meningkatkan kesedaran dan pengamalan terhadap penjagaan kesihatan
pergigian di kalangan masyarakat melalui institusi yang mempunyai pengaruh
besar pada setiap orang yang beragama.
- Menyedarkan masyarakat bahawa kesihatan adalah sebahagian dari
amalan agama
- Memberikan kaedah amalan penjagaan kesihatan pergigian yang betul
kepada masyarakat
- Mengukuhkan hubungan antara Bahagian Kesihatan Pergigian dan
Badan-badan Keagamaan yang terdapat di seluruh negara.
PELAKSANAAN DI WP
KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
Penyelaras
Program KOA WPKL & P
1)
Dr Siti Zuriana bt Mohd Zamzuri
Ketua Cawangan
Penjagaan Kesihatan Pergigian, WPKL & P
2) Dr Desriani bt Jakirman
2) Dr Desriani bt Jakirman
Ketua Program KOA
WPKL & P merangkap pasukan Dedicated
Promotion
Cawangan Penjagaan Kesihatan
Pergigian, Bahagian Kesihatan Pergigian WP Kuala Lumpur & Putrajaya dengan
kerjasama Dedicated Promotion setiap
zon sangat komited memberikan khidmat kesihatan pergigian yang terbaik kepada
masyarakat. Sehubungan itu, Program KOA akan diteruskan di masjid-masjid
terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya
sebagai salah satu program khidmat masyarakat.
Masjid-masjid
yang terdapat di WPKL & Putrajaya adalah seperti berikut
1) Zon 1: 10 buah
2) Zon 2: 8 buah
3) Zon 3: 10 buah
4) Zon 4: 12 buah
5) Zon 5:16 buah
6) Zon 6: 12 buah
7) Zon 7: Tiada Masjid. Masjid yang ada di bawah JAKIM
1) Zon 1: 10 buah
2) Zon 2: 8 buah
3) Zon 3: 10 buah
4) Zon 4: 12 buah
5) Zon 5:16 buah
6) Zon 6: 12 buah
7) Zon 7: Tiada Masjid. Masjid yang ada di bawah JAKIM
Bahagian
Kesihatan Pergigian & Putrajaya amat berbesar hati kerana program ini
mendapat sokongan padu daripada pihak JAKIM dan JAWI.
Kami
juga terharu dengan sokongan daripada warga pergigian dan tidak ketinggalan
para pembaca tazkirah yang terdiri dari pegawai/pakar pergigian dan penceramah
yang terdiri daripada Pakar-Pakar Pergigian WP Kuala Lumpur & Putrajaya.
Hebahan
Hebahan
program KOA di WPKL & P ini telah dilakukan melalui:
1) Radio IKIM
2) Facebook
3)
Makluman
semasa solat Jumaat masjid yang berkenaan seminggu sebelum tarikh KOA
4) Makluman kepada sekolah-sekolah yang berdekatan
4) Makluman kepada sekolah-sekolah yang berdekatan
5)
Banner
yang diletakkan di masjid
Berikut
adalah senarai KOA yang telah dilaksanakan pada tahun 2017
ZON
|
PERINCIAN PROGRAM
|
||||
TEMA
|
TARIKH
|
TEMPAT
|
PEMBACA TAZKIRAH
|
PENCERAMAH
Sudut Tanyalah Pakar
|
|
Lembah Pantai
|
Combining Oral Health and Religion in
creating Awareness through Knowledge
(CORAK) - Ilmu dan Kepercayaan Mencorakkan
Kehidupan
|
17/3/2017
dan
16/6/2017
|
Masjid Negara WP Kuala Lumpur
|
Dr Ahmad Syarifuddin, Pakar Perunding Kanan
Pergigian Periodontik
|
|
Putrajaya
|
28/7/2017
|
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya
|
Dr Muhammad Yasin bin Abdul Razak
|
||
Cheras
|
Kenali Status Oral Anda, Cegah Sebelum Parah
“Gigi Sihat, Ummah Sejahtera”
|
15/9/2017
|
Masjid Saidina Othman Bin Affan, Jalan
Budiman, Bandar Tun Razak,56000 Cheras, Kuala Lumpur
|
Dr. Muhamad Munauwar bin Mokhtar Mohed
|
Dr. Balkis binti Ghazali, Pakar Pergigian
Restoratif, Klinik Pergigian Cheras
|
Kepong
|
Senyuman Sihat Sepanjang Hayat
“Kesihatan Oral Tanggungjawab Bersama”
|
27/10/2017
|
Masjid Saidina Hamzah Kampung Batu Muda, Batu
4 ½, Jalan Ipoh Batu 52100 Kuala Lumpur
|
Dr. Syed Muhammad Qotaddah bin Syed Jamal
Nasir
|
Dr. Intan Azimah bt Azman, Pakar Pergigian
Restoratif, Klinik Pergigian Jinjang
|
Titiwangsa
|
Kenali Status Oral Anda, Cegah Sebelum Parah
“Gigi Sihat, Ummah Sejahtera”
|
27/10/2017
|
Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala
Lumpur
|
Dr Kamarul Hisham bin Kamarudin
Pakar Restoratif Klinik Pergigian Kuala
Lumpur
|
Dr Emy Harniza Zurani Binti Mamat Ariffin
|
Majlis Pelancaran KOA di Masjid Negara |
Program KOA di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya |
Program KOA di Masjid Saidina Othman bin Affan, Bandar Tun Razak |
Program KOA di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju |
Program KOA di Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda |
Sesungguhnya program ini
mendapat banyak manfaat kepada masyarakat kerana di zaman serba mengejar waktu
ini masyarakat lebih memberi keutamaan kepada perkara lain seperti mencari
rezeki buat keluarga. Namun hari Jumaat merupakan penghulu hari di mana kaum
lelaki akan berhenti sementara waktu untuk mengerjakan solat Jumaat. Di samping
itu, masjid juga menjadi tumpuan murid-murid sekolah sebelum mereka menyambung
sekolah agama di waktu petang. Oleh itu, menjadi harapan program kesihatan
pergigian WPKL&P agar masyarakat meluangkan sedikit masa untuk memeriksa
dan bersoal jawab bersama pakar pergigian serta pemberi tazkirah kami.
Untuk makluman semua
masyarakat, program KOA ini bukan hanya bertumpu di masjid tetapi juga di kuil
agama Hindu dan Buddha. Sebenarnya penyakit pergigian itu boleh dielakkan
sekiranya masyarakat sedar betapa pentingnya penjagaan dan pencegahan kesihatan
pergigian.
Pegawai-pegawai Pergigian yang terlibat sebagai penyampai tazkirah |
“Pencegahan adalah lebih baik
dari merawat”
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.